Selamat Hari Rayaaaaa !

Assalamualaikum . Selamat hari rayaaaaa ! Wah , puasa kau tak update . Raya ke-7 baru sibuk-sibuk nak update . Anyway , aku nak minta maaf laa jika selama aku berblogging ni ada terkasar bahasa ke apa ke . Yelaa , kita manusia buat silap . Kadang-kadang tak perasan pun . Tau-tau je orang dah tarik muka kan . So kalau ada terlebih ke terkurang ke minta halal laa ye (:

Ni nak story ni . Dari first raya sampai laa raya ke-6 memang tak stop makan . Lagi-lagi join konvoi raya dengan classmates masa form 6 . Dah nama pon konvoi raya kan , memang banyak rumah laa pergi . Dah pergi beraya rumah orang takkan nak bajet konon-konon macam puasa kan . So apa yang terhidang tu makan  laa . Bila dah sampai rumah last tu , bedal air dengan aiskrim je . Tak larat dah nak makan benda lain . Kain pon dah makin sendat . So timbul kesedaran untuk stop makan kejap . Hahaha . Kejap je tau . Agak-agak bila boleh sarung balik baju raya , makan laa balik .

Aku sebenarnya nak share gambar . Tapi apakan daya , masa beraya malas nak amik gambar . Gambar semua kat phone member . Bukannya apa . Bila tepek gambar kat blog ni pastu baca balik entri ni , mesti akan teringat balik kenangan beraya , cerita-cerita , kemeriahan tu . Bila masing-masing dah sibuk nanti , mungkin takkan dapat nak luang masa macam ni . Lagi-lagi bila dah ada keluaga sendiri nanti . InsyaAllah . 

So maybe aku akan share gambar kat next entri . Until then , byeeee !

Tiada ulasan: