Cerita raya saya .

SELAMAT HARI RAYA . MAAF ZAHIR DAN BATIN ANDAI ADA KATA KATA YANG MENGGURIS DAN MENCALAR BALARKAN HATI KALIAN . 

Oke , mari kita bercerita tentang raya . Pagi raya tu lepas mandi , kemas kemas rumah sikit . Lepas tu bermula laa episode raya tahun ini . Makcik pakcik , sepupu sepapat , anak buah datang beraya sini . Memang kebiasaan kalau lepas solat raya , semua akan datang sini . Sebab ayah aku anak lelaki sulung kan .

Lepas zohor pula , kami pergi rumah atuk saudara kat Ulu Yam . Memang sempat tidur dalam kereta sebab rumah jauh gila . Tapi best kawasan tu . Sejuk je . Lepas tu dalam jam 5 , gerak pergi rumah nenek saudara kat Batang Kali pula . Jam 7 baru bertolak balik Sungai Buloh .















Itu semalam , raya  pertama . Raya kedua aku start petang ni . Lepas asar , InsyaAllah akan bergerak ke Sungai Tengi , rumah makcik pakcik aku . Malam tu ada BBQ ! :D

Anyway guys , Selamat Hari Raya , maaf zahir dan batin . Yang drive tu , berhati hati di jalan raya . Jangan drive laju laju . And jang lupa pakai seat belts . Yang paling penting , baca doa sebelum naik kenderaan :D

P/s : Hari ni berazam nak snap family potrait :D

Tiada ulasan: