Perjalanan hari pertama :D

Phewwww . Penat sangat berjalan sampai takda masa nak update blog . Mana tidaknya , 3 hari berturut - turut keluar . Penat tu tak payah cakap laa kan . 

1 MEI




Memandangkan company ayah ada kasi baucar Isetan Rm 1000 , so kami satu family pon pegi laa menggunakan baucar tersebut sebaik mungkin atau istilah lainnya SHOPPING ! Part ni aku memang suka laa kan . Tapi tak banyak sangat pon shopping sebab barang kat tempat tu memang mahal . Aku dapat kasut . Harga RM 139 . Jadi laa kan . Aku ingat nak amik jeans sekali tapi mak aihh . Sumpah mahal gila . Kang habis kat aku sorang je baucar tu .









Penat jugak laa aku pusing pusing carik kasut . Kaki aku dah laa saiz besar . Bajet kaki ni made in US laa tu kan . Hehe . Last last dapat kasut ni . Mak yang tolong pilih kan . Ini laa yang paling flat walaupun ada heel sikit . Yang lain semua tinggi menggunung tinggi heels nya . Lepas tu aku beli satu mug comel ni . Gambar mioww mioww .




Comel kan ? Hehe . Well , lepas masing masing dah beli barang tadi , we headed to Original Kayu Nasi Kandar . Dah penat shopping mesti lapar kan ? Tapi aku setiap masa lapar . Hehe .




Aku tak makan Nasi Kandar pon . Aku just makan nasi putih + kari ikan + kobis goreng + papadom . Ni rupa bila dah habis makan :D




Ni ayah aku :D




Ni adik lelaki aku :D


Dah habis makan je , kami balik cepat cepat sebab adik lelaki aku ada lawan bola . Nak pergi PLKN pon sempat lagi lawan bola . Memang dia dengan bola tak boleh nak dipisakan lagi . Haih .

Perjalanan tak terhenti di situ je . Malam tu kami keluar lagi sebab nak beli seluar dengan baju untuk budak yang nak masuk PLKN tu . And beli kasut untuk adik perempuan aku . Mana tidak nya . Masa beli barang kat Isetan tu , adik perempuan aku tak dapat apa apa . Bukannya tak nak beli untuk dia . Cuma tak ada yang dia berkenan . Kalau ada pon memang mahal gilaaaaaaaaaaaa ! So , budak tu pun memang happy laa kan . Sekali dua kasut pula tu dia dapat . Aku pun dapat gak . Seluar . Pun jadi :D

So , sampai situ je laa journey aku hari tu . Esoknya aku keluar lagi (:

Tiada ulasan: