Perjalanan hari kedua :D

2 MEI

Sendirian aku keluar . At first aku keluar atas urusan nak batalkan polisi insurans aku . So , aku pun memulakan perjalanan dari rumah ke KTM Sungai Buloh . Then , tukar naik LRT kat Kl Sentral nak ke Masjid Jamek . Masa aku nak beli tiket ke Masjid Jamek kat kaunter tu , pakcik tu suroh aku beli kat mesin . Haddoy  , mana laa aku reti nak guna mesin . Nak tak nak aku top up laa touch n go . Senang cerita . 

Mula mula ingat nak makan subway masa tu . Tapi dah nak dekat lunch break . Kang tak pasal pasal kena tunggu satu jam nak uruskan benda tu . Malas laa kan . So , pergi laa Etiqa tu . Ingat kan orang Bersih ada lagi kat situ . Baru terfikir nak join . Haha . Well , habis je urusan tu , aku pergi Kl Sentral . Nak melantak Subway ! And untuk tebus kupon .





Tu kupon Subway . Aku jumpa dalam Metro minggu lepas . Valid sampai 10hb Mei . So , siapa yang agak agak nak makan Subway banyak banyak , carik laa kupon ni eh .  Buy one free one . :D

Bila aku sampai je Subway , aku tengok sikit punya panjang line . Redeem kupon juga ke ? Hehe . So , aku malas nak tunggu lama lama . Aku pon pergi laa Mekdi . All time favourite , Spicy Chicken McDeluxe . Kat situ line tak panjang pon masa tu tapi meja semua penuh . 

Last last dapat laa satu meja sebelah sorang akak tu . Nasib takda orang . Kalau tak menyangkung aku makan kat Mekdi tu . Haha . Makan punya makan punya makan , kenyang dah . Lepas tu pergi laa balik kat Subway . Redeem dua dua kupon tu . Sebelum balik aku singgah Mekdi balik beli McFlurry Oreo . Sambil tunggu train nak ke Sungai Buloh , boleh makan :D

Actually aku nak pergi book fair kat PWTC . Tapi masa kat KL Sentral tu dah guruh nak hujan dah . Ni confirm hujan lebat ni kan . So , aku terus balik Sungai Buloh je laa . Sampai je kat Sungai Buloh , hah ! Hujan lebat gila weyh ! Jalan nak pergi bus stop tu dah laa takda bumbung . Mau basah lencun baju kang , seksi seksa plak kan .

So , aku tunggu je laa kat situ macam orang gila . Satu jam lebih kot aku tunggu kat situ . Sampai lenguh kaki aku . Dah laa berdiri lama gila . Lepas satu jam lebih tu hujan dah reda sikit , aku redah je laa . Kena gak laa hujan tapi tak laa sampai lencun sangat . 

So , tu je laa story aku . Agak boring juga sebab aku keluar sorang je hari tu . Kalau ada yang teman , best juga . Dapat merayap lama sikit . Hehe .

Tiada ulasan: