Mak rindu budak PLKN .



Ni baju adik aku yang pergi PLKN tu . Mak aku tak kasi basuh langsung baju ni . Hehe . Rindu nya mak aku kat dia . Aku pun rindu adik aku sorang tu . Takpa laa . 3 bulan je kan . Hmm . Bukannya apa . Dia mana laa pernah berjauhan dengan family .

Petang tadi dia call . Orang PLKN bawa dia pergi hospital sebab dia pening . Mana tidaknya , dia tak makan apa apa langsung sejak pagi semalam . Sampai petang tadi . Takda selera dia kata . Dah home sick laa tu . Hehe . 

Masa aku mula mula masuk Unisel tahun lepas , mak aku pun buat macam tu . Baju aku mak aku tak basuh . Mak aku gantung je kat katil aku . Hehehe . Aku pun tak pernah berjauhan dengan family . Tu pasal laa . 

Anyway , aku harap adik aku elok elok je kat sana . By the way , dia kat Kem PLKN Akademi Kepimpinan Segari , Manjung , Perak :D

Tiada ulasan: