I will miss those moment !

Assalamualaikum kawan kawan !

Hari tu kan , aku dah dapat apa yang aku idam idam kan selama beberapa bulan ni . Cepat laa teka ! 


Tadaaaa ! Tuuu diaa , mekdi ! Lama kot tak makan mekdi , mau 3 bulan jugak laa . Aku dating dengan Leeya hari Sabtu lepas . Mula mula pergi Kepong naik bas semata mata nak makan mekdi tu . Kat Bukit Rahman Putra ada je mekdi tapi nak kena masok ke dalam tu mana ada bas . Jalan kaki ? Jangan harap laa . Belum sampai mekdi lagi , busuk dah .

Lepas kenyang kat mekdi tu , tunggu bas nak balik Sungai Buloh . Sementara tu sempat laa bergambar en . Tapi takkan semua nak himpit dalam ni . Berat plak nanti . Dah laa owner blog ni sememangnya berat . Eh , apa ni . Sudah =.='

Anyway , lepas tu kami naik bas and turun kat The Store Bandar Baru . Harus laa stop kat situ . Sebabnya kami nak melakukan satu rutin yang telah agak sekian lama kami tinggalkan . Haha . Apa punya bahasa laa . Nangis cekgu BM aku kalau baca ni . Heh . Back to rutin tu , memang lama gila laa tak buat .

Rutin apa ? Karoake laa . Kalau masa Form 6 dulu , bole dikatakan hampir setiap minggu juga laa . Tapi sekarang masing masing belajar kat tempat lain . So , susa jumpa . Kalau aku balik , orang tu tak balik . Macam tu laa . Takkan nak pergi karaoke sensorang kot . Tak feeling laa . Heh .

Lepas karaoke , kami pergi jenjalan jap . Nak carik barang . Then lepak kat foodcourt . Foodcourt situ dah lawa woo . Dulu kalau nak dating kat situ , rasa macam hape je . Sekarang , lawa beb . ( Aku tak galakkan dating eh ) . Kat situ kami makan . Round 2 ! Hehe . Dah alang alang keluar tu , makan je laa .

I will miss those moment Leeya . And hope to see you soon . And you guys too . Bieha , Biela , Sue , Nyot ! Kangen banget ni (:

Tiada ulasan: