Kelmarin aku buat telemarketing ! Hehe .

Assalamualaikum kawan kawan !

Aku nak kasi tau ni . Semalam kan , aku buat telemarketing tau ! Hehe . Tau kan telemarketing tu apa ? Alaa . Yang calling calling orang tu . Then promote produk kat dia . Haa . Tu laa telemarketing .

Aku kan keje kat Etiqa Takaful Maybank . So , aku promote laa produk insurans . Masa testing dengan triner , Kak Mira and sorang member , Anna , dorang kata suara aku sedap ! Haha . Biar betul ? Dah laa suara aku kasar .

Anyway , aku dengan eksited plus cuak , call laa nama yang ada dalam list tu . Yang first tu dia tak berminat . Oke laa . Next ! Yang kedua pula , dia bukannya konsentret apa yang aku cakap . Dia konsentret nak dengar suara aku je . Ceh !

Yang ketiga ni best ! Haha . Aku call sorang pakcik ni . Umur dia dah 60 tahun dah . Tua . Lepas aku terangkan segala kat dia , dia tanya 

Pakcik : Berapa nak kena bayar sebulan ?

Aku : Saya nak kena buat quotation dulu . Boleh saya telefon encik kemudian ?

Pakcik : Boleh . Call laa tengah malam dalam jam 12 ke . Lepas lepas jam 10 laa . Takpa , bil telefon saya tanggung .

Aku : Oh , maaf encik . Tak boleh . Ofis hour je . Saya call pakcik hari isnin boleh ?

Pakcik : Oke . Tapi saya takot kalau kalau saya busy je sebab saya ada bisnes bla bla bla ... pegi Melaka bla bla bla .

Aku : Oke . Saya call hari isnin . Terima kasih ya encik .

Hahaha . Nak cakap tetengah malam dengan aku . Adoy . Apa pasal laa sampai orang tua pon lentok kat aku ni . Hahaha . Siap nak tanggung bil telefon lagi . 

Tapi seriously aku nak kata ni , sekali kalau korang buat telemarketing , memang akan rasa macam nak buat lagi . Heheh .

So , bila bila kalau ada orang call and cakap macam ni "Saya Shikin dari Etiqa Takaful Maybank" , aku laa tu ! Haha . Beli tau insurans dengan aku (:

5 ulasan:

mysara berkata...

haha..tu taktik dye la tu..hehe
tgah mlm kot....:DD

Cikin berkata...

@mysara

hahaha . menggerunkan betol orang tua tu .

cheema berkata...

hahaha..takot je kalo de org mcm tu..bunyi len mcm je..menyeram kan....

Qamarul berkata...

haha atok tu berniat baik.. awak jgn salah sangka.. hahaahah

Qamarul berkata...

haha atok tu berniat baik.. awak jgn salah sangka.. hahaahah