Sesama binatang pon bergadoh ke ? Haha .

Assalamualaikum .

Ni entry terakhir sebelum aku masok tido . Tadi , dalam jam 3 pagi , sedang aku leka kat fb , aku dengar laa benda terbang . Zaaasss Zaaasss dan Zaaasss lagi . Aku malas sebenarnya , tapi aku menoleh jua . Haih . Belalang rupanya .

Dengan muka yang berlagak cool , aku bangun . Tapi aku tak tau nak buat apa . Lantas aku berfikir , adalah lebih baik aku ambil Ridsect dan sembur kan pada beliau . Sumpah , aku geli gila dengan serangga ! Haha . Aku tanpa berlengah menyemburkan Ridsect pada beliau . Haha . Beliau statik di situ .

Tetiba , eh ! Lompat pula beliau . Barangkali beliau mabuk . Heh . Aku pon berfikir sekali lagi . Nak sambong hadap fb ke taknak . Kang tak pasal pasal beliau lompat manja kat aku . Aku ambil keputusan untuk sembunyi di belakang langsir bilik aku . Aku online kat ruang tamu di mana kejadian tersebut berlaku . Bilik aku pula kat depan ruang tamu . Fahamkan lokasi tersebut oke . 


Tengok tu . Faham kan . Bagus . Kita sambung .

Masa aku sembunyi kat belakang langsir tu kan , mata aku berserta dengan cermin mata aku ni sekali , telah menyaksikan situasi yang amat melucukan , bagi aku laa . Situasi yang mana cicak sebagai pemangsa , ingin menerkam belalang , sebagai mangsa . Akan tetapi cubaan pemangsa itu tidak menjadi . Walau banyak kali beliau try , tetap gagal . Takpa , usaha tangga kejayaan ! Haha .

Tapi kalau dapat pon , aku tetap kasihan pada itu pemangsa . Mana tak nya . Dah laa tadi aku dah spray mangsa tu dengan Ridsect . Kalau pemangsa tu makan mangsa tu , beliau akan keracunan . Oh , tidak ! Tapi , apakan daya . Itu laa lumrah dunia . Apa apa pun , geli tetap geli . Haha .

Baiklah anak anak . Masa untuk tido ! 

5 ulasan:

Finaz Jaafar berkata...

ewww~ geli serangga jugakkk!

Cikin berkata...

@Finaz Jaafar

kehkehkeh .

p@kcikLie / mamadiana berkata...

suka tengok reaksi orang geli dgn serangga ni..suka nak usik2 lagi da...

herumi berkata...

Salam. hehehe, dorang besar ke time tu?

Blog NETonX

Cikin berkata...

herumi : haha , tak besar pon . comel je .