Selamat melangkah ke alam pengangguran , Cik Leeya !

Assalamualaikum saudara saudari .

Entri kali ini khas buat seorang sahabat aku yang bakal join the club . Kelab penganggur ! Hahaha . Dia sebelum ini kerja sebagai seorang part time promoter kat The Store , Sungai Buloh . Mula kerja sama dengan aku iaitu 1hb Januari 2011 tamat pada 6hb Mac 2011 .

Reason dia berhenti kerja ? Dia kata tak larat dah . Kesian dia tau . Yelaa , hari hari balik malam . Jam 10 . So , semalam aku pon dengan gembira pergi melawat dia . Datang saja tempat dia , kami pelok pelok pelok ! Wah , rindu dia sangat ( baca cara gedik ) . Haha .

Kebetulan masa tu nak dekat waktu rehat dia . So , aku tunggu saja laa kat situ . Dia pula sempat pakai eye liner aku ! Haha . Pantang nampak benda benda solek laa dia ni . Haha . Jangan marah ya Cik Leeya ! Lepas tu kami pon snap snap gambar laa . Tu wajib bila bersama dia . 


Dia muncong , aku buat muka baik (:


Kat fitting room pon jadi laa .

Aku tak tau nak buat muka apa .

Kalau korang perhatikan tiga tiga gambar tu , memek muka Cik Leeya bervariasi kan . Tapi aku , haha . Sepesen je . Tapi kalau snap sensorang , banyak laa memek muka aku . Hehe .

Well , anyway . Tepat jam 10 malam ni , Cik Leeya kita ni bukan lagi bergelar part time promoter . Tapi 

PENGANGGUR !

Welcome to the club , bebeh ! Aku ada satu rangkap pantun untuk kau . Baca dengan nada bangga dan riak .
Berlapis cempaka di sisi kekwa , Indah redup dihias mentari ,Semangat merdeka kekal di jiwa ,Nescaya hidup lebih bererti .



Korang ada masa , lawat laa blog dia . Aku suka tau gaya bahasa dia , style noks !


P/s : Aku nak kerja kerani . Ada  kosong tak ?

Tiada ulasan: