Rumah takda air . So , pergi mandi rumah nenek .

Assalamualaikum kawan kawan !

Sedang aku mendengar lagu Justin Timberlake feat. Ciara ni , aku nak tulis laa barang selembar dua kata . Haha . Macam ucapan alu aluan pula . Memang aku mengalu alukan korang yang menjenguk blog picisan aku ni . Tenkiu !

Korang pernah tak bila bangun tidur , dengan muka tak cuci , gigi tak berus , terus je keluar ? Haha . Aku pernah . Tadi ! Tapi bukan saja saja tau . Ni semua sebab air . Air laa punca segalanya . Rumah aku takda air tau . Huhu . Paip mana yang pecah entah .



Nasib baik laa aku tak janji nak date dengan makcik bulat tu hari ni . Tak pasal pasal kena cancel je nanti . Anyway , sebelum keluar tu aku tepek bedak tabur je kat muka aku .Then , pakai lipbalm . Tu sangat perlu walaupon tak mandi . Satu family pergi rumah nenek tadi . Dekat je . Macam buat program ziarah pula .

Aku rindu nenek . Lama dah tak pergi rumah nenek . Tengok nenek tadi kesian je . Masa nenek tengah sidai kain tadi , aku tolong laa kan . Then nenek kata , kaki nenek sakit . Yelaa , nenek ada kencing manis . Nasib baik nenek tak tinggal sensorang . Ada anak menantu tinggal sama .

Balik dari rumah nenek , kami pergi beli lauk siap dulu kat Maju Ahmad . Kalau nak masak pon takda air lagi . Huhu . Aku baru semangat nak buat sesuatu . Roti ke kek ke . Aku kuburkan dulu matlamat tu . Oh , cakap pasal matlamat , aku ada sesuatu nak taip .

Alhamdulillah , hari ni kepala agak ringan untuk menaip . Haha . Macam laa sebelum ni banyak sangat masalah yang kau fikirkan . Kau tu buat masalah banyak laa ! Haha . Monolog aku sendirian . Tapi aku memang tengah ada masalah . Takot sangat dengan masalah tu . Minta di jauh kan laa =.=

2 ulasan:

Memo_Hazel berkata...

masa ni dah mandi ke blom?? :P

Cikin berkata...

@Memo_Hazel

haip haip . dah mandi tau (: