Pandangan Islam terhadap wanita .

Assalamualaikum kawan kawan .

Aku nak share sikit daripada apa yang aku baca dalam satu buku ni . Buku ilmiah bertajuk Hadiah Buat Muslimah . Penulisnya Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan Ida Ezyani Othman . Buku ni mak aku yang belikan untuk aku .

Islam telah memelihara wanita secara fitrah dan mengakui peranannya dalam masyarakat . Islam tidak merendahkan dan tidak menghinanya , tapi Islam berusaha untuk menentang dan menolak segala usaha yang menghina dan merendahkan darjat dan maruah wanita dan memeliharanya daripada segala bentuk penindasan .

Pandangan Islam terhadap wanita .

Pertama , Islam telah memelihara kewanitaan , sehingga tetap menjadi sumber kasih sayang , kelembutan , dan kecantikan . Jadi , Islam menghalalkan bagi wanita apa yang diharamkan bagi lelaki yang mana sesuai dengan sifat kewanitaannya .

Kedua , Islam sentiasa memelihara wanita di mana wajib bagi suami memberi nafkah yang sesuai dengan syariat Islam .

Ketiga , Islam memelihara akhlak dan perasaan malu wanita serta berusaha untuk memelihara kemuliaannya dan menjaga maruahnya daripada prasangka prasangka buruk .

Tiada ulasan: