Gempa bumi di Jepun .

Assalamualaikum kawan kawan .

Korang tau kan gempa bumi yang terjadi kat Jepun tadi . Berita ni aku ambil dari Berita Harian Online .

TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa. Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.

Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air. Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini. Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.


Korang tengok pula video ni . Memang tak tau nak kata apa .



And amaran Tsunami dah dikeluarkan untuk New Zealand , Indonesia , Filipina , Papua New Guinea , Hawaii .

Mari laa kita sama sama berdoa agar kita terselamat dari gempa dan tsunami . Dan mendoakan mangsa tsunami selamat .

4 ulasan:

♥yaya budak suka embun♥ berkata...

takot sangat

Pjaz a.k.a kud0o berkata...

sngat takut...
huhu

dah follow =0

Azza Firza berkata...

nauzubilah, kesian tengok, mintak dijauhkan daripada kita semua, walau apa jua sekalipun, azza turut bimbang, orang yang azza sayangi pun ada berada di sana, osaka, harap mama azza dalam keadaan sihat sejahtera, aminn


doakan mama azza yea :')

Cikin berkata...

kita sama sama berdoa ya . (: