Valentine's Day ? Apa kejadah ?

Assalamualaikum kawan kawan .

Isu ni serius banyak oke . Straight to the point je laa . Korang tau kan Valentine's Day tu haram . Mari aku cerita sikit pasal sejarah valentine ni .



Sejarah satu .
Valentine diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom , Claudius II . Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang undang Rom ketika itu menhalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera .

Sejarah dua .

Pada zaman Pertengahan , masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai 'Hari burung burung mencari pasangan mereka' . Pada kurun ke 14 dan 15 , mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut .

Sejarah tiga .

Kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad yang bertulis from your valentine kepada kekasihnya , seorang gadis yang merupakan anak pengawal penjara .  


Kalau kita meraikan Hari Valentine ni , sama laa seperti kita meraikan paderi dorang tu . Perlu kah seorang islam buat macam tu . Kita sendiri ditegah untuk menyerupai sesuatu kaum bukan . So , maseh nak sambut lagi ke ? Dalam Berita Harian Online , pon ada kata pasal ni . Sila laa klik sini dan sini oke .

Tiada ulasan: