Tips muka 10 tahun lebih muda

Assalamualaikum kawan kawan .



Pada malam yang permai ni aku nak kongsi tips macam mana nak buat muka 10 tahun lebih muda . Insya-Allah . Tips ni pon aku ambil dari Star King yang kat Astro One HD tu . Senang , murah , tak ambil banyak masa pon .

Macam ni .

Setelah korang mencuci muka kan , korang kena terus apply pelembap kat muka . Jangan laa tunggu lepas 5 minit baru nak apply . Itu kan akan membuatkan kulit kehilangan lembapan . Make sure dalam 2 hingga 3 saat lepas cuci muka tu , lap muka , then terus apply pelembap . Jadi kadar lembapan muka korang tu akan pada tahap optimum .

Kalau cuaca sejuk pula . Lepas cuci muka , korang ambil tula yang direndam dalam aer panas , tekap kat muka slow slow supaya liang roma muka terbuka . Then lepas tu tepek pelembap . So , pelembap akan menyerap dengan efisennya !

Jangan lupa baca bismilah dan selawat .

Selamat mencuba (: