Tips elakkan diragut

Ragut ! Makin menjadi jadi kan . Bukannya kat kawasan town je , kat kampong kampong pon sama je ligatnya . Haish , memang kalau aku jumpa , makan terompah besi laa beliau tu kan . Ada tu yang menyebabkan kecederaan dan juga kematian .



Kalau nak cari duet tu , cari laa dengan cara yang halal . Gunakan tulang empat kerat kau tu samdol ! Kalau tak berkelulusan tinggi pon , ada juga kerja untuk kau . Daripada kau gunakan motor tu untuk meragut orang , baik kau meragut rumput kat padang tu . Eh , baik kau kerja jadi office boy . Yang hantar surat tu .

Oke , panjang dah aku bebel . Ni tips nya :
1 . Jangan tayang barang kemas tu . Tak salah kalau nak pakai tapi jangan laa banyak sangat sampai menarik perhatian peragut peragut tegar kat jalanan yang menanti mangsa tu . Tak pasal pasal je .

2 . Jangan jangan dan jangan sesekali keluarkan duit korang yang banyak tu kat public . Kalau korang withdraw money dari bank , cepat cepat masokkan dalam beg . 

3 . Kalau rasa rasa macam ada orang follow , cepat cepat pergi ke tempat yang ramai orang . Mungkin tu akan membuatkan peragut tu takot nak ragut korang .

4 . Tak payah bawa beg tangan . Simpan phone dengan wallet dalam kocek jeans korang . Lebih selamat . Kalau yang bawak laptop tu , guna je beg galas . Tu akan menyukarkan peragut nak ragut beg korang .


INSYA-ALLAH (:

1 ulasan:

mysara berkata...

slalunya mai wat yg no 4..
klu bwk beg tangan pb, hp, ic n kad bank dlm poket
yg dlm beg cuma brang2 cm perfume, bdak compact n lip balm...