Seharian kat Shah Alam .

Assalamualaikum , kawan kawan .

Hari ni memang penat gila . Macam mendaftarkan anak sekolah . Haha . Actually tadi aku temankan abang sepupu aku daftarkan adik sepupu aku tu masok sekolah . Dia masok Sekolah Vokasional Pendidikan Khas Shah Alam .


Sekolah tu bersebelahan je dengan kampus UITM Shah Alam . Tak dapat masok UITM , lalu depan UITM pon jadi laa . Hehe . But hope 1 day dapat belajar kat situ . Oke , dah menyimpang tanpa kasi lampu signal .

Sekolah tu luas woo ! Padang dia tak payah cakap laa , memang luas . Boleh buat stadium . Pastu ada gelanggang futsal , court badmintan , siap ada gim lagi . Haish . Pesal sekolah aku takda gim ? Kalau tak , konfem aku dah kurus . POYO !

Sekolah tu sebenarnya untuk student yang cacat pendengaran dan penglihatan . Tapi sebab banyak kosong , tu yang dorang ambil jugak student yang agak lambat laa dalam akademik . Budak kat situ ramah . Senyum je . Mesra . Suka laa , tak sombong .

Pastu aku ada tengok student guna bahasa isyarat . Dalam hati aku , dah berdetik , nak belajar laa bahasa isyarat .  Bahasa isyarat ni special tau . Kalau macam bahasa melayu , orang putih tak faham kan apa yang kita cakap . Macam tu juga sebaliknya .

Tapi kalau bahasa isyarat , satu dunia boleh faham . Tak kira laa kau tu bertutur dalam bahasa rusia ke jerman ke , kalau guna bahasa isyarat , semua orang akan faham . Semua orang yang tahu bahasa isyarat je laa . Kalau orang yang tak tahu bahasa isyarat , memang blur laa . Haish !


Well , setelah settle segala urusan kat situ , kami pon gerak laa . Sebelum balik , dia belanja aku McDonald ! Lama kot tak makan benda tu . Nyum nyum ! Ramai jugak bebudak kat situ . Maybe student UITM kot . Urm , then lepas makan tu kami pon balek .

Tu je . Bubye (:

1 ulasan:

Yuni Aisyah berkata...

nak belaja gk la....setakat nie tau 'i love u' jerk..haha