Hari 5 : Gambarkan sesuatu yang ingin dilakukan sebelum mati

Walaoweh , title sangat memberi inspirasi . Banyak yang aku nak buat sebelum aku menutup mata . Seperti :

1 . Nak mempunyai DSLR .


Nampak tu ? Aku sangat nak memiliki benda tu . Nak belajar teknik fotografi yang hebat hebat belaka tu . Teringin sangat ! Agak agak kalau nyanyi lagu Teringin by Shima tu , boleh dapat tak ? Hehe .

2 . Melancong 1 dunia .


Sangat nak tengok negara orang , tempat tempat best seluruh dunia . And nak bawak mak ayah and satu family pergi menunaikan haji .

3 . Nak bukak cafe .


Besar kan cita cita aku . Kat dalam cafe tu nanti aku nak jual muffin , cake , food yang simple simple je . And aku nak perkenalkan kuih melayu yang jarang jumpa . Hehe .

4 . Memperbaiki diri .


Memperbaiki diri dari segi sikap dan cara pembawakan diri aku . Aku nak berubah kepada seorang muslimah yang lebih baik .

5 . Nak shopping sepuas hati .


Wanita dan shopping memang tak boleh nak dipisahkan . Haha . Tapi kalau takda duet tu , faham faham laa .


Rasanya tu je kot . Tapi rasa macam ada lagi . Hehe (:

Tiada ulasan: