Hari 17 : Harapan tentang masa depan

Bersama sama lagi kita dalam segmen terbaru dan terhangat , 30 Hari Mencari Cinta !

Bercerita tentang harapan masa depan . Banyak , terlalu banyak yang aku harapkan . Sampai banyak kali juga laa aku fikir , boleh terlaksana ke ? Sempat ke terlaksana ? Iya laa , kita tak tau umur kita sampai bila kan .

1 . Mestilaa nak kawen .



Opps , bukan kawen . Nikah . Tu baru betol . Siapa je yang tak nak nikah , mengaku cepat ! Hehe . Semua orang nak kan . Nak merasa alam rumah tangga , pahit manis semua tu . Dan kalau boleh aku nak kawen , eh nikah . Aku nak nikah masa umur 27 atau 28 tahun . Kenapa ? Teruskan membaca .

2 . Aku nak berjaya !



Aku nak sambung belajar sampai habes degree . Mestilaa in tourism atau hospitality . Dari lepas SPM kot aku bercita cita nak ambil subjek tu . Ni dah lepas STPM , insya-Allah boleh kot . Lepas degree tu , aku nak kerja kerja dan kerja . Nak kumpul harta . Hehe . Then baru laa fikir pasal nikah . At least takda laa masalah duet masa nak kawen nanti .

3 . Aku nak jadi anak solehah .



Ni harapan masa depan ke ? Haha . Iya laa . Sekarang belom terlaksana sepenohnya . Jadi pada masa depan , aku mengharapkan laa . Aku nak jaga mak ayah aku masa dorang dah tua nanti .

ASSALAMUALAIKUM (:

Tiada ulasan: