Hari 1 : Lagu Kegemaran (:


Hari ni topik kita lagu kegemaran ya anak anak . Sekarang aku masih lagi gila lagu korea dan english . Tapi tak laa sehangat sebelum ni . Nak tau lagu apa yang menapak kat hati aku ? Cekidaot !



G6 by Far East Movement .

Aku suka lagu ni sebab lagu ni rancak . Aku tak boleh kalau dengar lagu jiwang , konfem mengantok . Aku cuma layan lagu jiwang masa karok je . Hehe . 



Mister by KARA

Aku suka lagu ni sebab tarian dia . Energetic ! Buat aku rasa macam nak menari jugak laa . Banyak lagi lagu korea yang aku suka . Tapi takkan nak tempel semua kat sini kan . Hehe .





Gemuruh by Faizal Tahir

Aku paling suka lagu ni . Bila dengar je , teros rasa macam eksited nak buat something . Memang rasa semangat membara laa . Oleh itu , aku sertakan lirik sikit .

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkerlipan
Menyerlah jauh dari yang biasa .




Taubat Maksiat by Wali Band

Ada cerita sedih pasal lagu ni . Aku cerita eh . Arwah kawan aku , Amirul Syafiq Bin Hussin pernah nyanyi lagu ni on the same day dia accident . Masa kat kelas laa arwah nyanyi . Bila dengar lagu ni je , sure aku teringat kat dia . Sedekahkan Al- Fatihah kat arwah , semoga rohnya dan Hayatun Nofus Binti Sutresno tenang di sana . Kalau nak baca cerita pasal arwah , klik sini .

Oke laa anak anak . Sekian dari aku untuk hari ni . Esok hari 2 pula (:

Tiada ulasan: