Entri luah perasaan !

Malam ni aku betol betol takda mood . Nak makan takda mood . Nak buat kek takda mood . Nak tengok tv takda mood . Huh ! Biasanya aku laa yang galak sangat buat semua tu . Arghh ! Pesal laa aku malam ni . DUSH kepala jap ! Aku rasa aku dah mereng , ting tong , sewel . Huish , dah tak tau nak describe diri aku malam ni .

Aku rasa sindrom dan simptom aku masa form 5 kembali lagi laa . Haha . Apa laa aku merepek ni . Hmm . Betol ni . Masa form 5 aku selalu gila moody . Tak pasal pasal . Macam orang hilang anak . Heh . Tapi moody aku tak laa terok sampai jerkah orang tak tentu pasal . Moody aku lebih kepada tak layan orang . Orang kata hapa aku buat donno je . Gitu .



Aku ada kisah pasal sikap keMOODYan aku ni . Kejadian berlaku masa form 5 . Oleh sebab aku ni selalu moody tak kira masa dan tempat , member aku dua orang ni , Chea dengan Tasha , plan untuk kasi kesedaran sivik sikit kat aku . Dorang pula yang buat donno je kat aku . Korang tau apa aku rasa ? Amat tersisih ! Hahaha . Sampaikan aku fikir dorang tu taknak kawan dengan aku lagi .

One night Tasha mesej aku . Ego aku ni kan tinggi melangit , so mesej je macam takda apa apa . Then dia suroh call . Masa tu dia cerita laa semua . Tu cuma plan dorang je . Bukannya taknak kawan dengan aku , tapi dorang nak aku tau apa perasaan dorang bila aku tak layan dorang . Gila kejam kan aku ? Haish !

Masa dia cakap macam tu , aku nanges doe ! Nanges wa cakap lu . Aku rasa tu kot first time aku nanges pasal kawan . So , start hari tu aku janji kat dorang taknak dah moody moody ni . Tak kira laa dengan siapa pon .

Haha , tapi malam ni aku termungkir janji pula . Bukannya aku sengaja . Aku pon tak tau macam mana aku boleh termoody ni . Apa apa entah kan . Urm , kekadang aku pon pelik dengan hati aku ni . Kejap over over cerianya . Kejap memarah ! Haha . Sangat akward . Lalala . Apa apa pon , sejak aku kawan dengan dorang , aku betol betol faham erti persahabatan !


THANKS SAHABAT !
I LOVE YOU (:

Tiada ulasan: