Aku tak tau nak letak tajuk apa .

Assalamualaikum kawan kawan . Cuaca hari ni panas kan ? Bagi yang duduk area Sungai Buloh ni , memang terasa sangat lah bahangnya . Niat di hati tadi nak tido , lelapkan mata kejap . Memang best . Bila bangun nanti konfem mata segar .


Tapi terdapat satu halangan besar . Iaitu bunyi muzik black metal yang berkumandang bagaikan tiada henti . Menerjah masok mengetuk gegendang telinga aku ni . Boleh tak kalau aku bunuh orang hutan yang bukak muzik ni tanpa dikenakan hukuman gantung mandatori ?

 
Oke , biarkan dorang dengan radio dan muzik metal yang macam bangang tu . Kita ke topik lain pula .


Ehem ehem , YEAY ! Aku gembira sangat tau . Lepas ni takda laa berebut dengan adik adik dan mak aku untuk online guna laptop abang aku . Sebab sekarang ni pc aku dah boleh berfungsi seperti sedia kala . Aku akan lebih kerap menulis sampai laa korang bosan . Haha .

Tu je kot aku mampu tulis sekarang . Aku nak pergi gegar rumah orang sebelah tu dengan kayu besbol . Hahaha . Have a good day korang ! And happy blogging (:

Tiada ulasan: