25 perkara pasal aku sahaja ! Hehe .

Kawan kawan ! Actually , aku kena tag oleh Cik Cahya , Nak ke korang tau pasal aku , hehe . CEKIDAOT !

1 . Nama aku Nur Ashikin . Maaf nama ayah tak boleh letak . Ayah tak kasi .

2 . Aku sangat suka online . Kalau 24 jam pon aku larat ! Memang begitu laa aku sejak ada internet kat rumah , since 2008 kot .

3 . Aku pelajar lepasan STPM dari SMK Bukit Gading , Sungai Buloh , Selangor . Also known as Ivory Hills High Scholl . But i prefer in malay . Heh .

4 . Aku merupakan anak perempyan sulong . Satu abang , satu adik lelaki , satu adik perempuan . Korang tau laa kan aku anak ke berapa .

5 . Aku hot tempered ! Tapi belom sampai takat yang nak jerkah orang tak tentu pasal . Masih boleh control .

6 . Sangat keras kepala . Kalau tu keputusan aku , aku takkan ubah . Nasihat ke maki ke , memang aku takkan ubah keputusan aku .

7 . Aku suka buat kek . tapi taklaa hari hari aku buat . Kalau ada bahan and idea mencurah curah , memang ada laa kek . Hehe .

8 . Aku tak suka orang masok campor hal aku . Suka hati laa aku nak buat apa as long as aku tak mencalarkan maruah family aku and aku tak susa kan orang laen .

9 . Sangat benci pada orang yang tak reti bahasa . Bila aku dah cakap taknak , means aku taknak . Segala paksaan dan rayuan tidak akan dilayan .

10 . Sangat anti dengan orang yang mulot celupar . Tolong belajar jaga perasaan orang boleh kan ?

11 . Kalau nak keluar , aku tak suka sekadar 2 atau 3 orang . Sebab tak meriah . Kalau nak berjalan lagi best ramai ramai kan ?

12 . Aku seorang yang pendiam . Haha . Tak percaya . Aku sebenarnya dalam Facebook dengan Blog ni je aktif meluahkan kata kata and perasaan . Realitinya , aku tak suka sangat bercakap .

13 . Prefer mendengar . Sebab tu kawan aku suka luah perasaan and masalah kat aku .

14 . Aku tak suka jawab call . Call yang aku jawab cuma dari family and kawan perempuan je . Hehe .

15 . Aku sangat suka makanan yang pedas . Sambal belacan , huh ! Memang fevret laa . Tak boleh disangkal lagi .

16 . Tak aktif sukan . Sebab aku lebih suka spend time depan laptop dengan pc .

17 . Aku suka layan muzik rancak bila mood happy , and lagu yang memberi semangat masa aku tengah sedih .

18 . Sangat suka tido ! Tido tu bagaikan satu hobi pada waktu lapang . Hehe ,

19 . Dulu suka warna biru . Sebelum ni suka warna coklat dan hitam . Sekarang suka warna pink .

20 . Seorang yang berkaca mata . Sebelum ni ada pakai contect lens tapi sebulan je .

21 . Seorang yang sayang pada family dan kawan kawan . Siapa tak sayang , kan ? Hehe .

22 . Pernah bekerja sebagai promoter , 21 hari je . Sekarang tanam anggur ,

23 . Pernah couple tapi clash sebab haram dan masih memegang prinsip tersebut .

24 . Lebih prefer pakai jeans dan T Shirt kalau keluar . Jarang jarang pakai baju kurung . Nanti aku biasakan diri oke .

25 . Tak pernah make up !

Oleh itu , aku nak korang buat . Tiada paksaan . (:

4 ulasan:

Hannan Al-Qudsey berkata...

wah! boleh kita kawan?
no 2, 6, 8, 9 , 11, 16, 18 macam sama je dengan saya.. HAHA saya pun ada buat dah benda ni..
http://www.hannanalqudsey.com/2011/02/25-randoms-fact-about-me.html

superduperleya berkata...

wahh . yeke ? ohh . oke ! saya dah faham kamu . wahaha .
teruja plax na buat boleh ?

Cikin berkata...

@Hannan Al-Qudsey
jom laa berkawan ! hehe :)
nnti kita baca .

Cikin berkata...

@superduperleya
haha , baru faham ? heh . buat laa weh . aku nak tau gak pasal kau ,