Tips hilangkan rasa sedih .

Hai kawan kawan ! Hari ni aku rasa sangat lah gembira sebab dengan jayanya aku berjaya mengedit blog aku . Hehe . Walaupun mungkin pada pandangan korang nampak serabot , tapi aku suka . Serabot dengan aku nampak macam ngam je . Matching kata orang ! Hehe .

Oke . Tanpa buang masa dan buang karen , aku nak kongsi a few tips dengan korang . Sila rujuk pak nujum untuk maklumat lanjut . Hehe . Tak tak . Seloroh sikit . Tips mengenai macam mana nak hilangkan rasa sedih .

Ehem ehem (test mikrofon) . Perasaan sedih tu mesti pernah dirasai oleh setiap makhluk yang bergelar manusia . Even haiwan & tumbuhan pon reti rasa sedih tau . Betol ni , tak tipu . Tapi focus tips ni untuk manusia ya . Tolong jangan aplikasikan pada haiwan & tumbuhan .

1. Cuba buat kerja yang memerlukan korang berfikir dan bergerak aktif contoh macam teng teng ke , congkak ke . Sedikit sebanyak korang akan dapat lupakan kesedihan korang tu .

2. Actually ni yang first . Tapi takpa laa . Berdoa banyak banyak . Mintak ditenangkan hati untuk mudah lupakan kesedihan . Tak kira laa sedih pasal apa pun .

3. Kentalkan jiwa tu . Bagi yang terlalu sensitif atau pon yang cepat tersentuh atau terasa hati , cuba keraskan hati macam batu . Siyes ni tau .

So , tu je laa yang aku tau . Ni semua atas pengalaman aku selama 19 tahun hidup di muka bumi ni . Banyak lagi kot cara lain . Pandai pandai laa google ya .

Assalamualaikum (:

1 ulasan:

aaina35 berkata...

sangat membantu . . .
terima kasih . . .
:D