Perlu ke konsert setiap kali tahun baru ?

Perkara macam ni selalu buat aku tertanya - tanya .
Perlu ke konsert semua tu untuk meraikan kedatangan tahun baru ?

Sedangkan kita tahu . Setoap kali malam tahun baru pasti kes sosial meningkat . Penzinaan , tonggang botol arak . Memang laa bukan semua belia harapan bangsa yang buat macam tu . Sebilangan kecil sahaja . Tapi kecil hanya pada peratusan . Jum lah sebenar ? Banyak woo ! Alaa , kalau bilangan sikit sekali pon , kira masalah juga .

Ini ke yang kita nak bangga kan ? Konon negara Islam . Yeke ? Kalau macam ni , tak payah laa nak bangga sangat . Buat konsert sikit punya meriah . Maksiat pon meriah jugak laa ! Korang sedar kan benda ni ? Aku bukan kata korang yang buat semua tu . Cuma tanya pendapat je oke .

Kenapa tak buat bacaan yasin atau doa selamat . Bersyukur sebab masih diberi nyawa untuk melangkah ke tahun baru . Mungkin kat kampong kampong tu ada laa . Tu , yang kat bandar tu . Konsert iklankan , tayangkan , bacaan yasin dan doa selamat ?  HAISH !

Nak hiburan ? Boleh je . Sapa kata tak boleh pula . Tapi berpada pada laa . Cuba kita ingat kembali kejadian tsunami 2004 . Dari sudut geografi & sains , tsunami terjadi apabila plat plat lautan bergerak lalu mewujudkan gelombang besar and what so ever . Sila rujuk buku geografi ya . Tapi mungkin juga tsunami itu sebagai tanda kemurkaan ALLAH . Sebab tempat tu pon banyak aktiviti maksiat . Tak perlu sebut pon korang dah tau kan .

Jadi , ingin saya ingatkan disini bahawasnya konsert adalah maksiat . Kenapa ? Sebab percampuran wanita dan lelaki yang bukan muhrim . Ada ke korang tengok konsert yang memisahkan lelaki dengan wanita macam program ceramah agama tu ? Takda kan .

Jadi kawan kawan , yang aku sayang , tak payah laa jejak kaki ke konsert ya . Bukan konsert tahun baru je . Apa apa jenis konsert laa . Sama je . Buang masa , buang duit , buat dosa ! Niat korang pergi konsert maybe cuma untuk meraikan tahun baru , tak buat apa apa pon . But hey , niat takkan menghalalkan cara ya .

Maaf kalau ada yang terasa . Aku sama sekali tak tujukan pada sesiapa . Hanya ingin berkongsi pendapat . Semoga tahun baru ini kita dilimpahi rahmat dan berkat dari ALLAH S.W.T . Amin (:

SELAMAT TAHUN BARU 2011 .

7 ulasan:

tHesmUff berkata...

betui2..x perlu semua ini..x perlu melalaikan generasi muda sekarang tatkala suara kebebasan dihimpit..heeee.. .

nice n3 :)

Cikin berkata...

suara kebebasan dihimpit eh ? EHEH . btol3 .:)

Gadis Kampung berkata...

sapa yang belum kawin better dok umah je...maksiat pun tak buat...

aNnE berkata...

tak perlu rasanya..buat macam sambutan maal hijrah lagi elok rasanya..penuh dengan bacaan ayat suci:)

ARC™ berkata...

slamat taun baruuuuu

aleen aiden berkata...

skarang pon da kurang cket.klo dlu setiap stesen tb buat konsert sblom countdown.huhuh

Muslimah Optimis berkata...

salam ziarah dari laman MO...

pendapat MO la kan, xperlu pun.. bila buat konsert ni lagi banyak duit mengalir dan dosa pun sama mengalir....

sebab tu, MO lebih selesa duduk rumah je...

buatlah pilihan yang tepat kerana kita hidup bukan menompang langit kan.. sampai suatu masa kita akan kembali ke kampung halaman iaitu akhirat...