Nasi goreng cencalok .

Hari ni , aku yang kena buat lunch . Adeh , apa laa yang aku nak buat ni . Tu laa , mak suroh belajar masak , tak nak . Asyik tangguh je . Hang out laa , online laa . Padan muka aku . Tapi aku takda laa tak reti masak langsong . Yang simple pimple tu boleh laa . Ada jugak persediaan untuk kawen . Hehe . 

Bahan - bahan :
5 biji bawang putih (tumbuk)
1 biji bawang besar (tumbuk)
20 biji cili padi (tumbuk)
2 sudu besar cencalok
Nasi 2 pot
Ikan bilis goreng
Telur hancur
Serbuk lada hitam
Garam ikot suka

Cara nak buat :
1. Memula korang tumis bahan yang ditumbuk tu sampai laa naek bau .
2. Then , masokkan cencalok . Goreng lagi tapi jangan sampai hangit .
3. Masokkan nasi , kacau . Masokkan garam dengan serbuk lada hitam .
4. Last sekali , masokkan ikan bilis goreng dengan telur hancur tu .
5. Sedia untuk dihidang !


Ada laa dalam 2 mangkok nasi aku makan . Hehe , makin bulat laa aku . Btw , nasi ni pedas tau . Kalau taknak pedas sangat kurangkan laa cili padi dengan serbuk lada hitam tu ya .

Korang cuba laa , BEST !

Tiada ulasan: