Kek coklat & blueberry . (Simple saja)

Idea datang nak buat kek ni masa sebelum tido malam tadi . Masa tu aku dah baring baring dah , tetiba POP ! Idea tu datang . Hehe . Aku pon dengan langkah panjang pergi ke dapor , sedia bebahannya . Aku buat 2 biji kek . Kek coklat & kek blueberry . Simple je .

Bahan bahan :
2 cawan gula halus
2 cawan mentega
1 sudu kecik esen vanila
6 biji telor ayam
3 cawan tepong gandom
1 sudu kecik baking powder
1 cawan serbok coklat
1 cawan bancuhan susu (2 sudu kecik susu tepong)
2 sudu besar blueberry emulco
1/2 sudu kecik coklat emulco

Cara nak buat :
1. Pukol gula dan mentega sampai kembang , then masokkan esen vanila . Kalau takda esen vanila , guna ekstrak pon bole tapi kurangkan amaun nya .
2. Masokkan telor dan kacau . Then masokkan suku cawan bancuhan susu tadi . Suku je oke !
3. Masokkan tepong gandom tu dengan baking powder sekali . Kacau laa sampai sebati .
4. Lepas tu , adunan tu korang separate kepada 2 bahagian .
5. 1 bahagian korang camporkan dengan serbok coklat , coklat emulco dengan lebihan bancuhan susu tadi . Bancuhan susu tu sebab taknak kasi kek keras macam batu , sebab kan letak serbok koko tu . Korang kacau sampai rata then masok kan dalam loyang .
6. 1 bahagian adunan lagi korang masokkan blueberry emulco . Kacau laa sampai rata . Masokkan dalam loyang .
7. Korang bakar pada suhu 180 darjah celcius selama mana yang boleh . Ehehe . Tak tak . Selama 40 hingga 45 minit .

Dan hasilnya 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kek coklat .

DAN

Kek blueberry .

Kek blueberry .
Ini laa rupanya kek kek aku tu . Rasa not bad ! Hehehehe . Ni gambar bila dah letak topping . Yang kek coklat tu malas nak letak topping . Memandangkan ni first time aku buat kek letak topping , tu yang nampak selekeh je .

Silalaa cuba , BEST !

7 ulasan:

LehaMY berkata...

nak cuba resepi nie boleh? hehehe . nampak sedap ! hehehe :D

Nadhirah-chan berkata...

wahhh kek bluberi ! awak bagi saya sikit boleh ? ehehe :)

Cikin berkata...

@LehaMY
hehe . cuba laa .tq :)

Cikin berkata...

@Nadhirah-chan
hahaha . meh laa amek kat sini :)

LehaMY berkata...

okay ~ nnty saya try recipe awak okay~ hehehhe :D

Imzainieyzulkipli berkata...

best nyer!!!

Cikin berkata...

@Imzainieyzulkipli
yop yop . mmg best (: