Cekgu , i love you !

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA .

Ehehehe . Macam baca berita pula . Apa salahnya kan . Elok apa bagi salam . Korang wajib jawab tahu . Oke , tanpa membuang masa , aku nak ceritakan apa yang aku lalui hari ini . Kenapa title aku sebegitu ? Nak tau ? Sila baca ya . Hehe .

Tadi kan , aku pergi sekolah tau . Nak minta cgpa kokurikulum kat cekgu aku . Masa isi borang upu hari tu , kena isi sekali cgpa kakurikulum . Mana laa aku ingat . Takkan nak minta cekgu carikan pula . So , aku pergi laa sekolah .

Sekolah aku kat atas bukit . Dari tempat tunggu bas , sekolah aku nampak macam kubu tau . Tau tak kubu tu apa ? Hehe . Well , masa daki bukit tu aku relax lagi . Macam laa tak biasa kan . Tapi sampai je kat depan gate sekolah , mengah ! Hahaa . Lama kan tak daki bukit gading tu . Bukit gading tu nama sekolah aku .

Masok gate , guard tu suro tulis nama . Dah settle kat situ , aku pergi laa bilik guru . Niat di hati nak jumpa cekgu . Tapi takda pon . Kecewa tau . Hehe . Pastu aku tak tau nak pegi mana . Mesej dengan Cik Leeya , beliau suro lepak kat singgahan bicara . Aku pon lepak laa situ .

Masa aku bejalan tu , aku lalu depan kantin . Aku perasan satu perubahan besar pada kantin tersebut . Nak tau apa ? Kat siling kantin tu macam ada awan pula . Bukan awan dania tau . Dan bukan juga sebab kantin aku takda bumbung . Tapi , orang kantin tu gantung kain . Nampak macam kenduri kahwin pula . Lalala ~

Kat singgahan bicara tu kan ramai budak tau . Dorang pandang aku lain macam je . Hello , aku senior korang tau ! Hehe . Kata aku dalam hati . Takkan nak berteriak macam tu kot . Nanti dorang fikir aku sewel pula . Tunggu punya tunggu sampai pon Cik Leeya kita ni .

Bejalan laa kami ke bilik guru . Kat situ nampak Ticer Khadijah dengan Cekgu Che Rahmah . Dorang tengah menggoogle , cari tempat untuk kem form 6 tahun ni . Dah tu kami naik kelas kami dulu . Kelas tu makin cantik . Dorang tak tukar cat baru pon , just tambah langsir baru . Meja pon bebalut . Masa kami tak pon . Haha .

Pergi kelas sebelah pula . Jumpa cekgu Rosnim . Tapi tak borak lama pon sebab cekgu tengah mengajar . Sekejap je kami borak . Then kami merayap cari cekgu laen pula . Pergi ke bilik guru lama . Nampak pon beliau . Cekgu Sarinah , Cekgu Salina dengan Cekgu Rahayu . Salam peluk arab . Hehe .

Siyes . Rindu tau kat cekgu . Tima kaseh sebab didik kami .

I LOVE YOU !


Masa balek dari sekolah tadi , sempat lagi bersnap dengan Cik Leeya bulat tu . Leeya , aku amek gambar dari blog kau tau . Hehe .

Comel gila kan aku ? Hahaha .


Memang aku nak jadi duta air kotak delite . Haha .

Bukan kerana aku besar . Tapi kerana kau tak reti amek gambar ! Hahaha .