Karaoke ?

Nampak gambar atas ni ? Agaknya apa yang dorang buat tu ? Heh , soalan aku pun . Mestilah dorang tengah syok menyumbangkan suara yang dah memang sumbang kan . Haha .

Itu juga laa yang bakal aku lakukan Sabtu ni . Aktiviti yang menarik kan ? Haha . Bukan selalu kott . Sekali - sekala je . Lagi pun dah gian sangat ni . Gian ? ( pengakuan berani mati ) heh .

Ah , tak kesah lah . Yang penting , aku dapat lepas stress dan tension yang melanda otak ku bagai badai di tengah lautan . Cewah ! Haha .

And aku pun dah siap plan lagu apa nak nyanyi kat Gemilang tu ( tempat karaoke di Bandar Baru , Sungai Buloh ) . Hee . Bukannya apa . Dah eksited sangat .

Lagi pun , ni laa last time aku keluar sebelum STPM . Lepas ni dah tak boleh keluar dah . Kena hadap buku je . Al - maklum , STPM bakal menjelma !

Senarai lagu yang bakal didendangkan :

1. Ku ada kamu - Adira
2. Ruang rindu - Letto
3. Terlalu cinta - Rossa
4. Susun silang kata - Aizat
5. Kesetiaan - Siti Sarah
6. More than words - Westlife
7. Stay - Estrella
8. Kocok kocok - Inul
Hah . Tak sedar dah taip 8 lagu . Gila ! Macam larat je . Penyanyi hebat pun tak boleh . Haha , memang laa tak boleh sebab mereka sekadar penyanyi hebat . Aku superb ! Haha , eh . Mak kata tak baik riak . Tapi aku tak riak . Aku bangga je . (:

Oke , dah laa tu . Yang pasti , lagu nombor 1 tu wajib . Sudah jadi kesayangan pula . Mula mula dengar macam tak best . Tapi sekarang . Heh .

2 ulasan:

Jejaka Terhangat berkata...

Jejaka Terhangat pernah tulis entri pasal Karaoke..buleh la baca kat sini ..

Jejaka Terhangat: Sedarlah Bangsaku, Karaoke Bukan Budaya Kita..

=)

Cikin berkata...

eheh . karaoke tu utk kita lepaskan tension je .