Selamat Hari Raya .

Assalamualaikum kawan kawan .

Wah , meriahnya raya tahun ni ya . Alhamdulillah . Semoga kita semua diberi keberkatan dan dicucuri rahmat oleh yang maha kuasa . Ingat ingat sikit beraya uh . Jangan maen mercun , naya je nanti . Sia sia tak dapat beraya tahun ni .

Di sini , aku juga nak memohon 1001 kemaafan pada kalian andai ada kata kata ku yang membuat kalian tersinggung . Maklum laa mulut aku agak laser berkata kata sekarang ni . Maaf ya . Andai kelakuan aku menjengkelkan serta mencolok mata , maafkan ya . Mana yang tak patut uh , tegur tegur laa . Insya - Allah aku boleh terima .

Haa . Jemput jemput laa bertandang ke rumah . Hari raya ni . Boleh bermesra . Yang jauh dirapatkan . Yang rapat dieeratkan . Wah . Kata kata aku juga makin matang ! Wakaka . Maaf terkeluar topik .

Aidilfitri tahun ni , nak kata best , best jugak . Nak kata tak best pun , macam tak best juga . Oke . Raya tahun ni best sebab dapat beraya lama di kampung . Dari raya pertama sampai raya kelima atau keenam kott . Punya laa lama kat kampung . Tapi takpa . Bukan setiap kali raya dapat pulang beraya ke desa ! Haha . Yang tak best nya pula , lepas cuti raya je , terus ada trial STPM . Konklusinya , tidak dapat laa aku beraya sakan tahun ni . Orang laen pergi maen mercun , bunga api , meriam , aku pulak maen maen dengan otak . Masukkan input semaksima mungkin untuk menghadapi trial STPM ni . Orang laen pergi makan lemang , ketupat , kueh raya , aku pergi makan buku sebagai makanan tambahan menjelang trial STPM . Aduhai . Itu laa orang orang tua kata .

Berenang renang ke hulu ,
berakit rakit ke tepian ,
bersusah susah dahulu ,
bersenang senang kemudian .

Kalian doakan kejayaan aku dan kawan kawan aku ya . Mak , ekin takut ni ! Huhu . Caiyok caiyok ekin . Kau boleh !

Oke . Enough about that . Sekarang ni cerita laen pula . Raya tahun ni bakal berbeza daripada tahun lepas . Kalau tahun lepas ada kereta Myvi oren depan rumah . Jemput aku pergi beraya . Di dalam nya , seorang gadis tinggi lampai berbaju kurung serta selendang merah jambu . Tapi tahun ini , tidak ada lagi . Kerana pemilik kereta itu telah pergi buat selamanya . YAYA , tahun lepas adalah raya pertama dan terakhir kita bersama . Aku mengharap tahun ini kita bakal beraya bersama , tetapi tidak kesampaian pula . YAYA , tenanglah kau di sana . Semoga roh kau dicucuri rahmat NYA .
Amin .

Tiada ulasan: