Edisi sepanjang raya

Jam 8 pagi . Setelah dikejutkan oleh emak aku yang comel , aku dengan mamai tu buka mata . Mak tanya "Nak ikut pegi solat raya tak ? " Aku jawab , " Tak kot . Penat laa . " Jadi aku pun sambung laa tidur . Tapi tak boleh pejam pula mata ni . Aku pun buat keputusan , pegi mandi . Sudah settle semua , aku blur . Tak tau nak buat apa dah . Urm , menjenguk ke dapur ada ketupat , rendang , kuah kacang ! Nyum nyum . Apa lagi , ambil pinggan , sental laa . Hee .

Lepas habis orang solat raya , emak aku call . Suroh siap siap untuk pegi rumah atok aku yang terletak sejengkal je pun . Tak jauh . Untuk ke rumah atok aku tu , aku kene tempuh sekolah dulu . Haish . Kenapalah aku perlu nampak sekolah . Ini dah mengingatikan aku kepada sekolah tersebut . Adui . Memikirkan homework yang tak siap lagi .

Haa . Tak kesah laa . Dah raya rumah atok aku uh , balik laa . Apa lagi . Lepas solat jumaat kata nya nak balik Melaka . Oh , kampungku ! Tapi tak juga . Sebab masa tu Tasha dengan Sarina datang rumah aku . Masa mereka nak balik , hujan lebat laa pula . Kesian mereka . Tersangkut kat rumah aku sampai jam 5 lebih juga laa . Setelah mereka pulang , bermulalah perjalanan kami sekeluarga ke Melaka !

Di Melaka , aku mengharapkan raya yang amat best . Sebab ini lah tahun terakhir aku menyambut raya sebagai pelajar sekolah ! Heheh . Tapi , tak best rupanya . Nak tau kenapa ? Sebab sepanjang raya ni aku demam ! Haish , kenapa sekarang kau muncul , oh demam . Ketika aku menaip entri ni pun , aku masih dalam keadaan demam . Urm . Aku menghabiskan 4 hari 3 malam di Melaka . 2 malam di rumah Pakcik Faizal . 1 malam di rumah Makcik Shila .

Dah laa kot . Panjang sangat entri ni . Hehe . Sebenarnya mood malas nak menaip !
Sekian .

Tiada ulasan: