BreadBox Cafe

waah, pengalaman yang best tau.
semalam, cikin dengan 5 orang member pergi 1 cafe di saujana utama.
namanya breadbox cafe. baru bukak lagi ni bulan disember lepas.
kami ke sana sebab kena buat assigment untuk kelab usahawan.
kami kena temuramah ushawan bumiputera.


so, tanpa segan dan silu, serta ketebalan muka yang agak2 teballah juga,
kami menyerbu masuk ke dalam cafe tersebut.
tapi sebelum tuh, mari sini nak cerita.

cikin, intan. zarina dan nabila sampai kat kedai tu dalam pukul 12.30,
leeya dan hidayah belum sampai lagi. sememtara nak tunggu mereka,
kami ke kedai buku berhampiran. belek - belek buku.
lepas tu zarina dapat SMS. leeya agaknya yang hantar.
katanya, mungkin dia akan tiba dalam pukul 1.30 !
aduhai......penat kami. mula - mula bengang juga.
tapi bila kami mengenangkan yang dia tu tolong ibu dia jual kuih waktu tu,
kami diamkan saja.

kami pun masuklah ke cafe tu.
masuk - masuk saja nampak abang - abang handsome! hehe,
abang - abang tu, kerja kat situ.
kiranya anak owner la. family business :)
well, kami bagi tahu la yang kami ni budak sekolah,
datang pun nak interview owner cafe ni.
tapi disebabkan mereka ni busy, kami tunggu la.
lupalah pula buat appointment, so padan muka kami!

setelah 15 minit lepak dalam cafe tu, barulah kami terfikir nak order.
tapi order air sajalah, order kek tak mampu pula. hehe,
yes! air sampai saja, dayah pun sampai.
dia bawak adiknya. comel tau :)
kami duduk - duduk lagi.
takkanlah nak start interview tanpa leeya kan?
kesian dia, toucing nanti, huhu :)
then, nak tak nak, kami kena interview juga lah,


mula - mula 1 abang yang rambut panjang,
bawa kami  masuk dapur. wah, tak sabar ni !
kami lihat ada beberapa mesin untuk buat roti dan kek,
apa entah nama mesin tu. ada pakcik tu (owner) bagi tahu,
cikin apa lagi, snap - snap sajalah kerja!
haha, tu saja kemahiran cikin. heheh
kami ronda - ronda dapur tu, kecil saja, yelah, baru lagi kedai ni.
setelah penat pusing - pusing dan snap - snap, kami keluar.
mereka pun nampak busy, jadi tak nak ganggu.


kami tunggu di meja makan, abg rmbut panjang tu muncul.
kami lemparkan pelbagai soalan yang mengganggu benak kami.
wah, ayat bm sebentar. hehe ;)
cikin tidak melepaskan peluang begitu sahaja,
inilah peluang untuk cikin ambil gmbar. 
cikin pun tanpa segan silu snap gambar abang tuh.
abang tu punn pandai juga tu, tau tau saja cikin mau ambil gambar dia.
posing manja lah tu konon! haha,
cikin jalan - jalan, pusing - pusing, ambil gambar.
cikin tak mahir la nak tanya soalan ni.
menjawab soalan cikin reti la, hehe.
cikin penat, cikin duduk sebelah intan.
pasang telinga lah juga,
ketika ni lah abang tu bagi tahu nama - nama mesin yang kat dapur tadi tu.
tak pelik pun nama - nama mesin tu, sebab cikin dah biasa dengar nama - namanya,
cuma tak biasa nampak saja,

dah habis sesi soal - menyoal, kami masuk semula ke dapur.
kali ni owner tu terangkan cara - cara buat roti.
kami catat - catat.
lepas tu, kami diberi peluang untuk menghias pizza,
wah! leeya, dayah dan intan bukan main semangat!
aha, cikin apa lagi, snap sajalah! :)
cikin snap dari pelbagai sudut.
ada yang cantik, ada juga yang tak cantik gambar nya,
maklumlag, guna kamera digital saja.
lainlah klau guna SLR. hebat gambarnya! idaman tu.... :)
hehe, sudah - sudah.

selepas dah puas buat pizza, kami keluar dari dapur.
kami duduk sebentar. lepas tu, abang rambut panjang tu keluar dari dapur,
kami lihat dia sedang menampal sticker kat bungkusan - bungkusan roti.
mereka pun apa lagi, join la buat sekali.
cikin agak pasif la benda - benda macam ni. snap - snap sajalah! :)
haha, then muncul pula abang faiz. Dia anak tokay breadbox ni.
leeya boleh pula bergambar dengan dia.
nak tunjuk bukti la kami ke sana tu.
hehe, leeya oh leeya :)


lepas tu, kami minta diri la untuk balik.
dah bayar air, kami salam pakcik tokay tu,
kami blah! best gila la :)

kami gerak pergi rumah dayah pula.
makan - makan kat rumah dia.
kebetulan jiran dia buat kenduri. kami bedal makan la.
haha, dah habis makan, mengumpat pula!
haish, aku tak campur. lalala~
tapi pasang elinga saja,haha!
macam - macam cerita aku dengar pasal budak - budak kelas aku.
susah nak percaya? tidak kot. dah agak dah perangai budak tu begitu!
lantak kan lah, asal kan aku kenyang makan kat rumah dayah, hehe :)

lepas habis makan tu, pandai - pandai lah basuh pinggan ya.
hehe, jadi penanggah pula. tak apa, tak kisah pun.
sudah kenyang ni, kami pun nak balik.
dayah pun hantar lah kami ke bus stop.
then dia belanja kami aiskrim tau,
wah, thanks dayah. sayang kau!
hehe, :)

tak lama lepas tu, ayah leeya sampai,
ayah dia offer kami naik, apa lagi?
serbu lah.
ayah dia hantar sampai merbau sempak.
kami tunggu bas la,
dah dapat bas, naik bas, bas jalan,
then bas stop sebab dah sampai ke destinasi kami la.
hehe,
aku dan intan sja turun,
nabila ke bandar baru.
hujan lah pula. tunggu lagi di bus stop.

bila hujan dah berhenti, kami gerak lah balik rumah masing - masing.
tu lah cerita kami sehari suntuk di breadbox cafe, saujana utama.
bayangkanlah, dari pukul 12 hingga pukul 4 kot,
penat gila lah!
tapi sangat berbaloi.


mahu pergi lagi lah BREADBOX CAFE tu,
nak rasa roti dan kek dan muffin dan aiskrim dan semuanya!
haha, tadi tak sempat la. busy snap - snap dan interview.
hoi abang - abang handsome breadbox! tunggu ya kedatangan cikin :)

Tiada ulasan: